RM1: Aku cemburu dengan kau.

RM100: Kenapa pulak?

RM1: Kau dipegang oleh orang-orang kaya, dibelanja di tempat-tempat mewah. Semua orang menghargai kau. tak macam aku.

RM100: Walaupun aku selalu dipegang oleh orang-orang kaya tapi aku selalu dibawa masuk ke tempat maksiat, kelab malam, tempat main judi. Sebenarnya kau lagi beruntung. Aku cemburu dengan kau.

RM1: Kenapa pulak?

RM100: Walaupun aku dihargai semua orang, dibawa masuk ke tempat mewah tapi aku jarang sekali dapat masuk dalam tabung masjid :'(

Moral: Besar ataupun kecil, nilai tu tak penting. Yang penting keikhlasan hati. Apa guna nilai besar kalau menyesatkan jalan hidup. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara. Carilah saham untuk akhirat.