Assalamualaikum..

Nampaknya bulan Mei, bulan yang sedikit sibuk. Banyak hari dah tak update entri. Tapi tu bukan satu alasan untuk MM terlepas pandang pengumuman GA/Segmen yang MM sertai sekaki.

Sebenarnya MM nak luahkan sedikit rasa terkilan dan tak puas hati. Baru-baru nie, MM ada sertai beberapa GA/Segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Ada diantara GA/Segmen tersebut dapat banyak sponser. MM sertai GA/Segmen tu degan tulus jujur ok. Segala syarat dan stet by step MM ikut tanpa langkau tau.

Alhamdulillah, diantara banyak GA/Segmen yang MM join, ada dua tiga GA/Segmen yang MM terpilih sebagai salah seorang diantara pemenangnya. Oichh terharu rasa, dipilih. Tapi yang MM terkilannya, ada diantara mereka lepas tangan. Macam apa entah! Ikutkan hati ni nak marah, sound-sound je tapi akal masih waras.

Katanya, kepada para pemenang sila PM sipolan bin sipolon untuk proses tuntut hadiah. Sila bla.. bla.. blaaa dan blaaa blaaa untuk tuntut hadiah. MM pun dengan semangat yang jitu terus PM yang berkenaan. Semanagt sangat! Hari nie, pengumuman pemenang, hari ni jugak MM Pm segala bagai mak nenek detail yang berkenaan. Tapi hampeh! Sipolan bin sipolan tu langsung tak bagi respon. Detail yang MM hantar tu entah dibaca entah tidak. Sampai sekarang masih tiada maklum balas. Panas hati wehh!!!

Apa ni, ini ke GA/Segmen yang dikatakan gah sangat tu? Kalau ya nak buat GA/Segmen tu biarlah jujur dalam bab pembahagian hadiah. Janganlah nak menaniayai kami, para pemenang yang tak berdosa. Kami menang secara adil kowt. Kalau ye pun sibuk/ tade masa, infom lah sepatah dua. Jangan lah buat kami tertunggu-tunggu. Hadiah tu, bukan nak sangat pun. Kalau tak ada, cakap tak ada. Kami cuba faham dengan situasi anda, tapi anda bagilah kerjasama yang sepatutnya.

Sakit hati MM tau. Ni bukan kali pertama MM terkena macam gini. Jangan nanti anda dilabel sebagai penganjur/Sponser yang penitu sudah! Jagan salahkan MM dan kami yang terkena ni. Apa pun, tolonglah jujur. Bila berjanji, belajar tepati janji. Bila berbicara, tuturkan sesuatu yang betul dan jujur. Jangan sembang bagai nak rak tapi semua tu hanya gebang!

MM harap, pada yang berkenaan tu, faham-fahamlah ye. Pada yang terasa, MM minta maaf. Bukan nak memerli atau mengata sesiapa. Sekadar meluah rasa tak puas hati je.